Sesungguhnya berpuasa itu adalah salah satu cara mengawal nafsu dan menambah dan memperkuatkan iman.
Alhamdulillah Allah telah memberi ku peluang untuk terus menulis yang blog yang tak seberapa ni.
So let's get straight to the point shall we.
Kebanyakan orang yang berpuasa di bulan ramadhan mahupun berpuasa sunat (isnin dan khamis), atau lain2 puasa kebanyakkannya tidak tahu pun apakah kelebihan berpuasa ini dah kelebihan kepada orang yang berpuasa itu sendiri.
Jadi saya nak ambil peluang yang diberi Allah ini nak bincangkan ap kelebihan-kelebihan yang terdapat pada berpuasa dan kepada orang yang berpuasa. InsyaAllah.
Ini adalah antara hadith yang berkata tentang kelebihan orang berpuasa.
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Puasa (Ramadan) merupakan perisai dan benteng yang kokoh dari seksa api neraka.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al Baihaqi).
Nabi SAW bersabda maksudnya “Maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat daripada bau kasturi. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)
Nabi s.a.w. bersabda . “Berpuasalah kalian, nescaya kalian akan sihat.”
(Hadis Riwayat Ibnu Sunni dan Abu Nu`aim).
(Hadis Riwayat Ibnu Sunni dan Abu Nu`aim).
Nabi SAW. bersabda maksudnya : “Barangsiapa berpuasa satu hari demi di jalan Allah, dijauhkan wajahnya dari api neraka sebanyak (jarak) tujuh puluh musim.” (Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim, dan Nasa`i).
Nabi SAW bersabda : “Diamnya orang yang berpuasa adalah tasbih, tidurnya merupakan ibadah, dan doanya akan dikabulkan, serta perbuatannya akan dilipatgandakan (pahalanya).”
Nabi SAW bersabda : “Diamnya orang yang berpuasa adalah tasbih, tidurnya merupakan ibadah, dan doanya akan dikabulkan, serta perbuatannya akan dilipatgandakan (pahalanya).”
Setakat setakat ini sahaja untuk post kali ini. belum ad idea lagi. InsyaAllah minggu depan post lagi. Salam...
No comments:
Post a Comment